Merayakan Kelahiran Buah Hati Tercinta
Aqiqah dan Qurban di Mekah

Mengapa Simply Aqiqah
Keistimewaan Simply Aqiqah

Tanah Suci Mekkah
Dilaksanakan di Tanah Suci Mekah dan dibagikan kepada yang layak.

Kemudahan Transaksi
Kami menyediakan layanan “EZ Payment” dengan kadar bunga 0%.

Bukti video & gambar
Video sembelihan berserta nama anak dilafadzkan

Tracking

Beribadah sambil berinfaq
Sebagaian keuntungan disalurkan kepada yang membuthkan
PROSES AQIQAH & QURBAN
3 Langkah Mudah

Akad
Pertama cukup mengisi formulir pendaftaran dan memilih paket

Aqiqah & Qurban
Penyembelihan setiap hari jummat (Aqiqah) dan 11, 12, 13 zulhijah (Qurban).

Video Bukti
Video bukti penyembelihan dikirim 3 hari selepas pelaksanaan
Selama satu dekade, Simply Aqiqah telah membantu hampir 30,000 pelanggan merealisasikan hajat ibadah Aqiqah & Qurban di Haramain Tanah Suci Mekkah.
29,783
Pelanggan
Berikut Sebagian dari mereka
Apa Kata Pelanggan Kami




Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).
Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu.
Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.
Perbedaan yang tampak antara aqiqah dan qurban ialah;
Aqiqah perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunahkan perlaksanaannya setiap tahun yaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan aqiqah sunnah dibagikan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat dibagikan dalam keadaan mentah.
Pelaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.”
Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbedaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Menurut ulama, hewan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan hewan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
Hewan tersebut juga disyaratkan tidak cacat
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunnahkan juga memakan sebagian daripada daging tersebut, bersedekah sebagian dan menghadiahkan sebagian lagi. Apa yang membedakan aqiqah dan qurban ialah kita disunahkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
Yuk! Bersama Simply Aqiqah menghidupkan Sunnah Rasulullah


simplyaqiqah.id

simplyaqiqah.sg
